Search This Blog

Wednesday 3 October 2018

Jalan2 ump kuantan part2 -Angah Steamboat

Assalamualaikum

Memang kalau duduk ump, aktiviti bila outing ke bandar ni makan-makan jelah best. 😅

Kali ni kita survey tempat makan lain lak. Sebab ramai recommend Angah Steamboat sebagai steamboat yang paling banyak makanan dia dan berbaloi. Rupanya bila kitorang pergi memang berbaloi. Tapi tak dan pulak nak ambil gambar semua makanan dia disebabkan lebih sibuk 'memasak' dan isi perut. Ni kalau student yang nak makan puas tapi jimat, boleh la datang sini bawak kad matrik korang. Untuk harga student rm17 je. Konsep buffet kat sini jenis steamboat & grill. Tapi bukan biasa-biasa ye sebab tak pakai letrik, pakai arang!👍👍👍

Jenis makanan yang ada terlalu banyak nak senaraikan tapi sis list jugak la yang mana ingat ye:
- seafood; udang , sotong , ikan pari etc
- daging; lembu, kambing perap
- ayam; isi ayam perap, perut, hati
- sayur; kobis, brokoli, cauliflower, pokchoi, carrot, etc
- mee; mee kuning, bihun etc
-ready-to-eat; nasi putih, nasi goreng, bihun goreng, tomyam ayam, sayur goreng bersama sotong etc
-4 jenis sos
-dessert; kuih muih, cendol, abc, etc
-air; dua jenis

Jenuh la nak senarai semua.setakat yang sis pergi makanan fresh, bersih, dan servis tiptop. Haha tapi makan memang puas hati lah senang cerita. So pelajar kat ump ke kat uia ke kat matrik pahang ke moh la ke sini, sis dah approved😆