Search This Blog

Sunday 2 October 2016

kolej matrikulasi pulau pinang, kepala batas- gambar kenangan di lokasi terpilih

assalamualaikum

bagi menghilangkan kecuriousan adik-adik berkenaan matrik penang dan mengimbau kenangan hakak abang senior kat matrik penang ni, saya sertakan gambar di lokasi-lokasi terpilih sekitar Kolej Matrikulasi Pulau Pinang. kecuriousan pun boleh.



cerita bilik TV
terletak di aras paling bawah setiap blog. banyak nyamuk. tv satu siaran iaitu rtm atau tv3 sahaja. bilik tv ada peraturan  tak boleh tidur, tak boleh bawak makanan dan minuman, ada la lagi peraturan dia tapi setiap kali orang pertama kali masuk situ mesti takkan ternampak senarai peraturan kat tepi tu .lol.. dh tu apa lagi, minuman confirm bawak pastu ada pulak yang acacah study pegi overnight kat situ siap bwk bantal selimut lagi. hahaha.. btw, masa ni kami ada projek science computer. nampak rajin bukan :p

bilik TV


cerita library
dua tingkat. library dia wajib pakai baju tebal sebab cuaca di dalam library KMPP adalah musim salji. hahaha. semua pelajar merasa punyalah masuk library ni sebab budak account exam dalam library, pastu yang ambil science computer ada saja kelas dalam library and yang paling penting online quiz dengan berapa juta attempt yang anda mahu perlu dilaksanakan dalam library ni. sebab library sahajalah yang ada wifi laju. dataran tempat pelajar berhimpun tu boleh la dapat internet, depan dia je.



kelas dalam library.sojuk ceq

library..maaflah samar-samar.huhu
k ni haa perpustakaannyer



cerita cafe KMPP
cafe A dan cafe B (blok prempuan) , cafe C (blok lelaki), Cafe D(dekat dengan dewan kuliah), Cafe LakeView (ada monkey bar jugak tepi tasik ni utk abam sado workout kut), Cafe dpn library(famous dengan chicken chop dia).
 mana-mana cafe lelaki atau perempuan boleh masuk. tapi bagi cafe A dan B boleh masa pagi je.. malam lelaki dilarang masuk. macamtu juga perempuan dilarang masuk Cafe C pada waktu malam.
tapi hat yang siang tu dengar cerita dak-dak lelaki sampai mengamuk pelajar perempuan habiskan makanan kat Cafe C. hahahahahaha.. berdekah.. maaflah bro. orang perempuan mana tak juara makanan. lagipun Cafe C lebih murah berbanding Cafe A.huhu
*dengar cerita dapat pujian dari wakil kakom matriks lain yang makanan KMPP sedap2.wow!
cafe tepi tasik. kami panggil LAKE VIEW aka LV
selain nasi campur, nasi ayam, nasi kerabu, kuih-muih jemput-jemput,nasi lemak...dan banyak lagi. kalau order jus dia blend depan kita lagi. kalau dia tak busy dia akan hantar kat meja. mesra n baik staff kat cafe ni.
makanan kat sini paling sedap sekali antara semua cafe.dan bersih. dan penuh dengan manusia.hahaha

cafeB-malam-malam jual kueyteow , masakan panas dan burger. siang nasi campur lauk macam-macam sampai pening nak pilih. sini jugaklah lokasi dinamika kitorang dimana pensyarah bagi markah berdasarkan etika kita ketika makan. dapat makan free chickenchop, icecream, air, roti :)
cafe depan library..nama apatah -.-   kalau datang sini mesti cuba chickenchop dia ok. affordable. *thumbs up*    tapi masa ni kami berbuka puasa satu praktikum



cerita dewan KMPP

dewan al-farabi. sini la koko,sini la pertandingan,sini la  talk, sini la Guiness Book of Malaysian Record.
dewan kuliah 1.. jap 1 ke 2 ? lupa dah. lol. tapi masa ni ada raudhatul iman setiap jumaat masa org laki gi solat jumaat.


cerita makmal
makmal fizik, makmal biology, makmal kimia, makmal komputer...........

chemistry laboratory


kelas bi dalam makmal komputer
ruang legar makmal komputer
lain-lain

kawasan depan pejabat hal ehwal pelajar ni tempat pelajar berpusu-pusu nak tengok result keluar. semangat je semua pelajar sampai berlanggar bahu bdan semua semata-mata nak tengok result cepat-cepat. empat rata ke tidok?! hahahaha
selain tu, nak cerita yang kat bangunan yang sama jugak ada balai cerap.. balai cerap ni dikawal rapi oleh unit atasan so pelajar yang nak masuk pn kena dengan pengawasan pihak mereka dan cuma boleh melawat bila diorang buat hari lawatan sahaja. sebab ni balai cerap yang sebenar k. bukan balai cerap yang untuk dieksperimenkan oleh pelajar. cerap tu apa? loooor, cerap bulan bintang planet tu lah aka teropong bulan bintang planet. haa..

pejabat hal ehwal pelajar- shiqin mau pindah! sob2 #ceritaLAMA.

p/s:
maaf entri kali ni banyak pakai data korang akibat lambakan gambar lama >-,<
harap memberi inspirasi kepada yang membaca.
maaf juga kalau lebih jelas yang selfie welfie berbanding permandangan lokasi.haha
lain-lain aktiviti saya kongsi dalam entri lain ya! #peace