Search This Blog

Sunday 24 December 2017

jalan-jalan ump kuantan- Steamboat Serai Thai

Salam

Dah bosan sangat ecm , megamall, kuantan parade, kcm...huhu jadi kita berubah angin. Lagipun niat nak makan sedap sikit,belanja birthday girl.

So kita cari tempat makan yang murah tapi banyak dan bukak awal sikit (sebab nak elak drive malam😆).tah kenapa masatu apapa nak jugak gi bandar je malas kelain.

Cari punya cari jumpa la satu kedai steamboat and grill yang quite affordable... RM17 je kalau tunjuk student card. Nama restoran tu Serai Thai tak silap. Haha

Bukan tu jer , serai thai ni ada jugak masakan panas untuk sesiapa yang taknak steamboat and grill. Masakan panas tu pulak termasuk nasi goreng dengan tempoyak ikan patin . Order je. Kot la korang tak kenan steamboat and grill dia sebab berkonsepkan buffet. Rm17 makan sampai puas. Dengan syarat makanan korang makan tu habis kay, kalau tak kena charge rm10. Mungkin pada korang rm10 tu apa lah sangat, tapi bagi kitorang yang student ni rm10 boleh buat belanja dua hari punya makan tau😂
yup, jumpa kat facebook


Sebelum terlupa , nak datang tu buat tempahan dulu ye. Contact prang tu and tanya dia bukak pukul brapa dlu ek. jangan jadi macam kami, pukul3 dia bukak, pukul 3 jugak kita datang nak makan. Alamatnya kena menunggu lah dia prepare makanan buffet tu.

Haaa, ada apa je akat buffet tu? 
  • Udang
  • Kerang
  • Oyster mushroom
  • Golden mushroom
  • Shitake mushroom
  • Isi ayam perap
  • Daging perap
  • Bebola paling banyak pilihan termasuk nugget dengan crabsticks and sosej.
  • Sayur carrot, baby corn, greens...
  • Bihun, mee, suhoon, ....
  • Sos dia ada empat jenis
  • Mentega
  • Air pandan
  • Air anggur
  • Air sarsi
  • Aiskrim lapan ke brapa jenis.. Banyak and purple paling sedap.
  • Etc etc etc 
       pada saya,ok laa sebab murah kan..


Boh la mentega bagi sedap sikit
Datang awal sangat jadi semua ni ayam, daging tak de😭

Pelbagai fishball fishcake jadi pakai ambil nak rasa semua kalau boleh
Pilih kuah tomyam😊
Bukan kerang tapi apa ni? Haha besar gak la.
Try grill instead of masukkan dalam tomyam.

Aiskrim dia dah brapa kali tambah😂

K lah sampai sini je makan-makan kat restoran ni. Nanti update story lain lak😉
P/s: segala bagai details boleh tengok kat fb diorang k. Bye