Search This Blog

Sunday 5 March 2017

2014/2015 KMPP - kokurikulum

assalamualaikum

kat malaysia ni mana-mana institusi pengajian semua kena ada aktiviti kokurikulum. katanya nak bagi seimbang fizikal dan mental baru otak berjalan cerdas. katanyaa..
nak taknak ada betulnya juga.

bersamaan jugak dengan Matrikulasi Pulau Pinang kat Kepala Batas ni. Kokurikulum tu wajib tak kiralah awak tu bekas pesakit ka bekas penyakit ka semput kaa.. waajib jugak join. lagipun seminggu sekali je hari berkoko ni. dan yang rasa masalah tu dipersilakan lah pilih persatuan yang tak mencari maut kat penyakit awak tu.


kelab persatuan:
macam-macam kot persatuan kat KMPP ni. dan tak ada la persatuan kadet2 tu. kalau nak berkawad jugak adaa tapi pergi ujian dia dulu then lepas terpilih anda2 ni terus jadi wakil KAKOM matrik anda,
balik pada persatuan tu, memandangkan koko cuma satu  hari, jadi satu persatuan jelah kena pilih. kalau nak sukan dipersilakan pilih persatuan sukan yang anda2 suka:

  • bola jaring
  • bola baling
  • tenis
  • badminton
  • squash
  • rekreasi
dannn lain-lain.
tapi kalau taknak persatuan sukan, ambil lah persatuan lain-lain pulak:

  • catur
  • pengurusan majlis
  • kebudayaan
dannn lain-lain.
lagi satu kat matrik ni tak ada persatuan berkenaan subjek pun. tak ada la pulak kelab persatuan fizik ke persatuan bahasa inggeris ke apa k. dan seingat saya satu kelab pun selalu dia limitkan ahli contohnya kelab rekreasi cuma perlukan 6 lelaki dan 5 perempuan sahaja. yup dan pada ketika itu anda semua bakal berebut macam apa sebab tempat terhad.


saya kelab apa ke? saya bola baling. fiuh main register je pastu nak main tak larat.haha. nasib la cuaca time tu banyak tak mengizinkan sebab elnino ke apa jadi outdoor tak dibenarkan for few koko days.huhu. tapi pernah sekali tu main bola baling terpitam disitu.hahaha. final round dah tarik diri bagi kawan-kawan lain berjuang.
apapapun kenangan dia cikgu salahkan saya pakai anak tudung hitam, inner neck hitam, handsock hitam, stoking hitam.."kamu ni semuanya hitam!!"  hahahahaa.. sampai hati cikgu. tapi kalau saya pakai semua pink pun saya bukan orang bersukan memang kuat pitam. huhu
move on...


pemakaian:
  1. cerita kasut

ehhh strict gilalah ceq oi bab pemakaian ni ha. padahal baju sukan je pooonn.. yelah rule is rule kan. cikgu dia time kitorang memang la sakit hati berdas-das kena marah. kasut sarung tak bolehhh, apatah lagi crocs. haa maknanya jangan ingat kasut dah jenis sukan atau dah cukup tertutup k.warna tu tak kesah. ciri-ciri dia tu adalah beberapa syarat dia*tak ingat dah.


      2.cerita tudung




.pastu tudung pulak PUTIH ya. dah la tu NO shawl2 atau bawal ala shawl k. haha. yang wajibnya bawal putih tanpa corak.macam hakak-hakak  kat gambar atas ni ha..k sbelum terlupa tudung hakak-hakak ni wajib putih berseri macam kertas A4. dah tu tudung putih dah la susah nak cari.tak ada pun orang jual kat mall-mall area situ. T-T untuk hari pertama koko dia panggil mana-mana budak yang pemakaian dia salah ni ke depan walaupun just sebab warna tudung kau putih yang dah pudar kuning. sebab diorang tak izinkan selain daripada putih bersih. tu satu hal, belum pikir pasal  jarangnya pulak, almaklumlah tudung putih. sobsob kalian kalau tak tahu ni. and ada je yang pilih untuk pakai tudung sekolah. boleh je. asalkan tak ada corak ke lencana sekolah ke apa k.

     3. baju sukan


baju sukan ni ada dua. japlagi kalau cikgu suruh pakai baju sukan soalan berwajib ialah "baju yang biru ke yang merah cikgu ?" huhu. masa batch kami biru tu hat kain jersi gitu tp tebal la tak nipis macam exact jersi. yang merah tu cotton. dua-dua berkolar. sama je lelaki perempaun,cuma lengan panjang pendek je lain dia. 

yang lain-lain tu nanti jelah cikgu korang bagi tau k. haha rajin pulak ceq ni ha nak membagitahukannya .😅





#sweetmemoriesneverdies