Assalamualaikum
Episod jalan-jalan kuantan ni saje je untuk bagi ilham kat dak2 ump yang buntu nak makan mana area kuantan ni. Setakat ni dah sampai ke kimstone.. Nama ja foodcourt tp lawa serious tak macam food court.
Nama: Kimstone Food Court & Hall
Lokasi:
Lot 2595 Jalan Kemaman Pusat Kesihatan Beserah, 26100, Pahang
Tak terasa pun jauhnya dari bandar. So apa yang specialnya sini? Konsep order dan jual beli dia macam food court tapi gerai-gerai dalam food court tu dengan suasana dia yang best.
Gerai-gerai yang ada semua signature kuantan contohnya macam satezul , jamantory, chicken+honey, sarathai, kambing bakar, western, kelapa joget, charkueyteow, lakucakes. Kalau datang sini rugi kalau tak order coconut shake sebab coconut shake ni je yang paling sedap sis penah jumpa. Harga a bit pricey (rm8 cmtu) tapi berbaloi sangat. Pure kelapa dengan rasa aiskrim dia lain macam. Silakan cuba.
Lain sikit daripada food court biasa, sini tak boleh bawak makanan luar ye. Kemudahan surau dan toilet pun ada.
First impression kitorang memang cantiknyaa tempat ni. Semua pakat keluarkan fon ambil gambar, video, up status n stories. Huhu
Ps: since tak dan nak ambil gambar semua gerai satu persatu sebab yang banyaknya selfie wefie je, jadi kita pinjam gambaran daripada google sikit ye😉